Kisah Ngeri

Ngeri oleh penulis Gina Yap Lai Yoong adalah terbitan Fixi (milik Amir Muhammad). sesuai dgn tajuknya, ceritanya mengenai pembunuhan ngeri dan sadis. masalahnya, idea pembunuhan oleh orang lain, tetapi pelaksanaan oleh orang lain. ianya menjadi lebih kompleks apabila empunya idea mula dituduh sebagai pembunuh dengan keadaan dia sendiri tidak megetahui dirinya dituduh (faham tak ayat aku ni?).

x perlu citer sinopsis di sini, sbb semua org boleh tanya cik google kita yg serba tahu itu. sebagai penulis non-malay, gina lebih selesa menggunakan watak2 bukan melayu. itu x jadi masalah at all pada aku. aku suka buku yg menggunakan paper back, sbb ringan nak pegang. seringan cerita itu sendiri. idea gina bagus, cuma kalau dikembangkan lagi ianya akan menjadi lebih menarik. watak2 sekitar rehan, samuel, joanne, leo, prof, pegawai polis berlegar dalam ruangan yang kita dah boleh agak. polis malaysia x berapa cekap, tunggu penjenayah buat silap baru boleh detect. (macam dalam gerak khas pun ada).

stakat ni aku x jumpa lagi novel yang menceritakan kebijaksanaan polis dalam membaca misteri / klu jenayah. masa kecik2 dulu aku penah baca beberapa cerpen tajuk inspektor hisyam di ibu kota. aku x jumpa dah buku tu. tp aku baca berulang kali buku tu. apa yang menarik? kecerdikan inspektor hisyam mencari klu. itu sebenarnya yang pembaca nak baca. it is the matter of “how”, not “when” its settled.

tp apapun, ngeri seronok untuk dibaca. ada kelainan dalam novel melayu. saya tak suka novel yang klise.

Hikayat Merong Mahawangsa

Aku tengok filem ni kat tgv bukit raja, 10 Mac 2011. Hari pertama di pawagam, officially la. Rasanya aku tak perlu ulas sinopsis sebab hampir semua paper ulas bende yang sama. Aku nak ulas apa yang aku rasa aje, sebagai pencinta filem (esp malay film) dalam gaya bahasa aku sendiri (sebab aku tak tau istilah2 dalam filem hehe)

Apa yang aku suka :-

–   Filem ini dimulai dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim.

–   Lakonan Dato’ Rahim Razali dan Khir Rahman paling menyerlah. Nell Ng pun ok.

–   Cara pengenalan watak pada awalan agak menarik.

–   Banyak aksi yang dipaparkan tapi antara favourite aku ialah scene lawan antara Stephen Rahman dengan Khir Rahman. Nampak `alive’. Begitu juga scene ketika Jehan dibunuh. Filem ini sepatutnya 18sg.

–   Babak-babak aksi yang secara individu boleh lah dipuji. Agak menarik dan sesetengah2 mengagumkan.

–   Skrip agak bagus. Tahniah kepada Amir Hafizi dan Yusry. Skrip yang tidak cliche dan meleret-leret ala filem yusof haslam dan skop production.

–   Ada unsur komedi tetapi tidak melampau.

–   Terima kasih kepada Yusry kerana tidak membuat ending yang cliche. Kepada semua pembikin filem melayu, tidak semua filem mestilah happy ending, okey. Ex. filem braveheart, walaupun heronya mati, tapi filem itu sangat “hidup”.

–   Muzik latar yang bersesuaian. Tidaklah menakjubkan tetapi tidaklah sampai mengganggu mood. Kira ok la. (Walaupun aku agak frust kerana suara Anuar Zain hanya kedengaran ketika aku sedang melangkah turun tangga nak keluar dari pawagam).

–   Aku suka cara pengenalan watak di akhir filem. Nampak klasik dan eksklusif. Aku teringat filem ketiga Harry Potter, Prisoner from Azkaban. Tapi Yusry buat lebih menarik dari itu.

Apa yang aku TAK suka :-

–   Paling mengganggu tumpuan aku dari mula filem hingga akhir adalah pencahayaan. Nampak tak `smooth’. Skrin nampak kabur lagi kelam. Aku jadi tak paham. Masa aku tengok trailer, promo, youtube, preview, even iklan, gambar sangat jelas dan cantik. Kenapa mesti dikaburkan hanya untuk memberitahu penonton peristiwa itu adalah di zaman dahulu kala? Filem 300, jack sparrow, even filem hang tuah lakonan p ramlee, tidaklah sekelam itu, tapi penonton tetap mengetahui bahawa filem itu berlatarbelakangkan zaman purbakala.

–   Babak lawan dilajukan, dah macam aksi kartun. Sesetengah scene macam super impose pun ada. Macam guna green screen.CGI yang tak berapa `real’.

–   Lakonan putera Rom kaku. Puteri China lagi kaku. Lakonan Gavin Stenhouse diselamatkan sedikit oleh aksi berlawannya yang macam kartun sebab dilajukan.

–   Babak bertempur tidak digambarkan secara menyeluruh, hanya tertumpu pada sesetengah watak sahaja. Rujuk filem LOTR, kita dapat merasakan seperti berada di dalam medan pertempuran. Ataupun filem Shaolin (Andy Lau) yang baru2 ni.

–   Dan watak2 tambahan sebagai orang2 kampung dan orang2 garuda sangat lah kurus kering. Perkampungan itu digambarkan sebagai sering berperang antara puak, jadi mestilah bertubuh sasa sekurang2nya sebab dah biasa berperang. Ini tidak, macam piano (dialog Aziz Satar dalam Seniman Bujang Lapok). Tengok muka macam budak2 muda je, macam tangkap muat je.

–   Seperti kata Amir Muhammad, banyaknya berkemban. It’s true.

–   Storyline simple, tak sukar untuk difahami. Tak mencabar minda langsung. Se simple Cicak-man.

–   Filem ini tidak meresahkan aku pun. Aku mula dapat `feel’ masa babak bantuan dari Rom dan China sampai. Di situ baru nampak `gah’ sikit filem ini. Lagi 15 minit nak habis.

–   Aku macam tak berapa boleh terima babak akhir, yang mana merong menggunakan cermin sebagai senjata. Kalau setakat pondok usang dan perahu terbakar ok lagi, tapi bila orang2 garuda terbakar dek panahan silau cermin, macam tak  logik je.

Bagi aku filem ini agak membazir. Dengan belanja yang begitu besar, pelakon2 yang bagus, promo yang meluas tapi storyline agak biasa. Macam tak padan dengan segala fasiliti yang ada. Bagi aku Yusry memang berjiwa seni, tapi bukan seni sastera. Tapi pujian juga harus diberi di atas keberaniannya mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Aku terfikir, kenapa tidak Yusry diberikan satu naskhah novel yang `masterpiece’ untuk dijadikan filem? Novel RAM ke? hehe..,  mungkin boleh jadi gempak.

Dari segi kelainan, memang filem ini berjaya lari dari kebiasaan filem melayu yang lain. Aku tetap sokong filem ini. Tahniah buat KRU Studios.

Kurbaan

Ada seorang perempuan, Avantika. Berebut teksi dengan seorang lelaki nama Ehsaan Khan. Ehsaan adalah prof baru di webb institute. Avantika juga prof di situ, mengajar psikologi. Ehsaan mengajar teori Islam di era barat (something like that). Bermula dari situ, mereka rapat dan akhirnya bercinta seterusnya berkahwin. Aku tak pasti samada Avantika masuk Islam atau tidak, tapi rasanya tidak. Kadang2 Avantika menunggu Ehsaan sembahyang di masjid. Avantika pakai selendang aje. Mereka berpindah ke satu kawasan kediaman orang2 india di new york. Jiran depan rumah mereka ialah pasangan Hakil dan Salma. Orang yang dianggap senior dan ketua mereka di situ dipanggil Bhaijaan dan isterinya Aapa. Ada 2 orang lagi tapi aku tak ingat nama mereka.

Kehidupan mereka nampak bahagia sehingga la satu hari, Salma datang ke rumah Avantika. Salma dalam keadaan cemas, memberi Avantika bisnes kad Rehana, kawannya dan meminta tolong Avantika menelefon Rehana. Rehana adalah wartawan di sebuah stesen televisyen di new york. Salma mengatakan dia mengetahui sesuatu dan suaminya hendak membunuhnya. Avantika menceritakan perkara itu kepada Ehsaan tapi Ehsaan tidak mahu Avantika masuk campur. Satu malam, Avantika ternampak Hakil memukul Salma di luar rumah. Esoknya Avantika pergi berjumpa Rehana di pejabatnya. Ada bersama adalah Riyaaz Masud, teman lelaki Rehana yang juga seorang wartawan. Riyaaz baru balik dari membuat liputan perang di Iraq. Riyaaz sering tidak sependapat dengan ayahnya. Riyaaz mengatakan tentera Amerika telah banyak berkorban untuk kepentingan Iraq. Ayahnya menegaskan bahawa mereka (ayahnya dan Riyaaz) adalah muslim first, then american. Sebanyak mana tentera amerika mati, berkali-kali ganda lagi orang iraq kena tembak. Dan itulah yang sepatutnya Riyaaz laporkan.

Avantika memberitahu Rehana dia sudah lama tidak nampak Salma, dan Avantika meninggalkan alamatnya kepada Rehana. Pada malam itu, Avantika menyelinap masuk rumah Salma dan terdengar perbualan Bhaijaan dan 2 orang lagi. Mereka juga sedang menyediakan bom. Avantika turut terjumpa mayat Salma. Dia menjerit dan mereka mengejar dia sampai ke rumahnya. Pada malam itu, barulah Avantika mengetahui bahawa suaminya adalah pengganas (terrorist). Ketika mereka ingin membunuhnya, Avantika memberitahu bahawa dia mengandung. Ehsaan tak jadi membunuhnya tetapi Avantika dikurung dalam rumah dan mereka menghantar prof Qusheri menemani ayah Avantika bagi memastikan Avantika tidak bocor rahsia.

Pada malam itu juga, Rehana menaiki pesawat 119 mengikuti delegasi keamanan amerika ke iraq. Avantika cuba memberitahu Rehana bahawa ada bom dalam pesawat tetapi terlambat. Kesemua di dalam pesawat mati. Malam itu juga Ehsaan telah mambunuh petugas (seorang muslim) di airport yang telah berpakat memasukkan bom ke dalam poket seluar pengebom berani mati itu. Petugas itu menjadi tamak dan meminta upah lebih. Riyaaz pergi ke meja Rehana dan terdengar pesanan suara Avantika. Riyaaz terus ke rumah Avantika dan mengekori Ehsaan sampai ke webb institue.

Malam esoknya, Ehsaan dan Hakil membawa keluar mayat Salma untuk ditanam dalam hutan, kerana mayat Salma semakin busuk. Di pertengahan jalan, ada road block polis. Disebabkan kegelisahan Hakil, Hakil telah menembak polis2 itu dan memecut kereta. Kereta mereka terbabas dan Hakil cedera parah. Ehsaan memeluk kawannya itu dan menembak mati Hakil. Ehsaan turut membunuh ketiga2 polis itu sebelum meletupkan kereta itu. Polis bagaimanapun dapat mengecam wajah Salma dan mengetahui mayat itu orang muslim berdasarkan cebisan hijab Salma.

Avantika diberitahu oleh Aapa bahawa Ehsaan adalah orang pakistan. Isteri dan anaknya telah mati dibom kerana amerika mengesyaki ada pengganas di situ. Bhaijaan dan Aapa adalah dari Kabul. Kesemua ahli keluarga mereka turut terkorban dalam perang.

Riyaaz berpura2 menjadi student Ehsaan dan berdebat dengan orang amerika di dalam bilik kuliah. Ketika itu Ehsaan sedang mengajar topik jihad. Riyaaz menyatakan bahawa punca terrorist adalah dunia barat sendiri. Amerika haruslah berhenti dari mencampuri urusan negara lain. Apa yang amerika mahukan sebenarnya adalah minyak semata2. Riyaaz juga mengatakan seramai 3,000 orang amerika telah terkorban dalam peristiwa 9/11 tetapi rakyat afghanistan terkorban lebih 15,000 and still counting until now. Ehsaan tertarik dengan Riyaaz dan mengajaknya ke rumah. Riyaaz diajak sertai mereka kerana mereka ada agenda lebih besar tetapi kekurangan orang kerana Hakil telah mati. Riyaaz dan Avantika berpura2 tidak mengenali.

Dipendekkan cerita, mereka akan mengebom 4 stesen keretapi bawah tanah. Bhaijaan, Ehsaan dan Riyaaz akan pergi ke stesen A. Seorang lagi ke stesen B dan seorang lagi ke stesen C. Aapa dan Avantika akan ke stesen grand central. Sebelum mereka keluar rumah, mereka bersembahyang dan berdoa semoga berjaya. Mereka juga mengatakan mereka sedang berjihad menurut Al-Quran dan ini semua kehendak Allah.

Nak dijadikan cerita, ketika di dalam tren, tiba2 masuk seorang lelaki amerika (nama Mike) dan ternampak Riyaaz. Dia mengenali Riyaaz. Bhaijaan dan Ehsaan terus mengeluarkan pistol dan menembak Riyaaz. Riyaaz lari ke hujung gerabak sambil menembak dan terkena Bhaijaan. Bhaijaan parah dan memberitahu Ehsaan bahawa bom sebenarnya berada bersama perempuan2 tadi. Salah satu bom ada dengan Avantika. Ehsaan menelefon Aapa supaya membatalkan bom tersebut tetapi Aapa enggan. Ehsaan mendapatkan Riyaaz dan cuba untuk membunuhnya. Riyaaz menyalahkan Ehsaan dan mengatakan bahawa jihad mereka salah. Allah tidak mengkehendaki semua ini. Mereka sengaja menjadikan itu semua alasan. Allah tidak suka pengambilan nyawa oleh manusia. Ehsaan jadi lembut hati dan memberitahu Riyaaz di mana bom2 itu berada.

Riyaaz menghubungi agen Collins dan polis terus ke semua stesen2 keretapi bawah tanah. Bom pertama meletup dan mengorbankan banyak nyawa termasuk polis. Collins pun turut cedera terkena serpihan konkrit. Bom kedua juga meletup dan mengorbankan agen Hayes. Ini menambahkan marah collins. Di stesen grand central, Ehsaan berjaya menemui Aapa dan Avantika. Avantika tidak mengetahui beg yang disandang mengandungi bom. Aapa mengacukan pistol di kepala Avantika kerana mengetahui bahawa Ehsaan telah berpaling tadah. Ehsaan akhirnya terpaksa menembak Aapa di kepala. Ehsaan juga turut menembak 3 orang polis di situ. Dalam keadaan parah, Ehsaan menyuruh Avantika melarikan diri. Ehsaan tidak mahu Avantika berada di situ ketika dia mahu membunuh diri. Ehsaan juga berterus terang bahawa nama sebenarnya adalah Khalid Anwar, pengganas yang paling dicari CIA. Avantika baru menyedari betapa suaminya belot kerana cintakannya.

  • Aku pasti ramai yang tak tengok cerita ni sebab ianya di chanel B4U (astro 133, 26/02/2011). Yang melanggan astro mustika aje yang dapat. Yang jadi Avantika ialah Kareena Kapoor dan Ehsaan ialah Saif Ali Khan. Cerita ni laju sampaikan aku nak pegi toilet pun tak sempat. Bagi aku cerita ni berat sebelah. Ianya seolah2 propaganda amerika, cuba nak beritahu betapa mereka teraniaya dengan kegiatan terrorist. FBI dan polis2 mereka berdedikasi dan sanggup mati untuk selamatkan orang lain. Aku tidak menolak kemungkinan filem ini dibiayai oleh kerajaan amerika.
  • Menerusi filem ini juga aku semakin kuat menolak persetujuan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Mereka sewenang2nya mengatakan jihad mereka sebagai kehendak “Allah”. Aku teringat ceramah ustaz Khazem, bila mana kita tidak menjaga kalimah Allah, maka hilanglah barakah di tempat itu. Maka timbullah bermacam bencana dan musibah.
  • Sebelum pergi untuk mengebom, mereka bersembahyang dan berdoa. Aku tak faham dan marah, kenapa scene itu perlu ada? Apa tujuan mereka? Bila berjaya mereka mengucapkan tahniah sesama sendiri. Bagi pengebom berani mati, mereka mengatakan dia syahid. Apa ni?!
  • Aku sama sekali tidak menghina pengebom berani mati. Siapa aku untuk judge mereka? Hanya mereka yang mengetahui dan merasai penderitaan mereka sehingga timbulnya keberanian yang luar biasa, iaitu mencabut nyawa sendiri dan orang lain. Ya, dosa tetap dosa. Itu antara mereka dengan Allah. Apa yang lebih penting untuk kita fikirkan ialah kenapa dan mengapa mereka tergamak jd begitu? Dan apa mesej yang cuba mereka sampaikan? Apa yang aku tak puas hati ialah bagaimana filem ini memaparkan mereka. Sangat tidak adil.
  • Ehsaan seorang Islam yang taat. Kenapa boleh kahwin dengan perempuan bukan Islam yang tak convert?
  • Di akhir cerita digambarkan betapa pengganas2 ini sanggup membunuh orang yang tak bersalah termasuklah diri sendiri, kononnya kehendak Allah. Tetapi Ehsaan sanggup membelot kerana tidak sanggup perempuan yang dicintai terkorban. bu…….it.
  • Darling, aku highly recommended this film for you to watch.

Hari Serba Tak Menjadi

Kenapa serba tak menjadi?

1.  Aku terrrr bangun lambat…… Okey, fine, aku mmg selalu lambat. Cuma hari ni terrrrr lebih skit hehe.

2.  Aku nak cepat, kene lampu merah la plak.

3.  Sampai kat tmpt parking, ada 1 notis pemberitahuan. Mulai 1 Nov parking fees naik dari RM 50 ke RM 80. Arghhhh….

4.  Sampai ofis, hazri tak siap lagi qoutation. Ada 5 lak tu.

5.  Aku solat zuhur kul 4.10 pm.

6.  Ingat nak balik awal, tetiba ada late customer lak.

7.  Tgk amazing race asia s4, khairie & ethan ketinggalan. Nasib baik bukan last.

8.  PAS kalah kat Galas, PKR kalah kat Batu Sapi. Huh..,

9.  Cinta Kirana terlalu slow, saja nak melengah2kan cerita, cheh.

 

Hemm, aku nak tido.

Apapun, alhamdulillah ya Allah.

 

Aku Ingin Ke Syurga

Ye, betul tu. Aku ingin ke sana. Aku nak Bak ngan Mak pun akan berada di sana. Kalau boleh aku nak bawak semua ahli keluarga aku dan semua yang tersayang ke sana (of course including you my darling). Kalau boleh semua umat Islam ke sana. Tamak kan aku, hehe. Allah maha berkuasa dan maha pemurah.

Aku ingin ke syurga adalah tajuk cerekarama 30/10/2010. Lakonan zamarul hisyam sebagai anak derhaka. Asalnya aku tgk final piala malaysia antara N9 ngan kelantan. Tapi bila kelantan dah score gol penyamaan aku hilang mood nak meneruskan semangat kesukanan aku. Bertambah menyampah bila keluar mcm2 jenis mercun dan asap keliling stadium. Come on la woi, bikin buruk nama tok guru je.

Zamarul pelakon hebat. Dia sepak terajang mak dier (dlm citer tu la) macam biasa buat jer. Yang aku tak tahan tu, siap bakul sayur di pelangkungnya kat mak dia. Tu belum lagi dialog2 dia yang kurang ajar giler. Tak sesia bagi dia pelakon terbaik. Selalunya cerita2 seumpama ini tipikal, tp citer ni agak pelik. Di pertengahan cerita dia sakit, sakit yang pelik, standard la. Seluruh badan dia kena kudis. Dia terlantar je, tak bermaya. ( setakat berlakon berkudis takde hal bg zamarul, dia pernah berlakon masuk liang lahad siap muka berulat lagi). Mak dia yang berhati mulia menjaga dia setelah nurse yang datang ke rumah dah tak sanggup nak datang. Even adik2 dia pun tak nak jenguk dia.

Apa yang pelik? Masa tu baru kul 11pm. Maknanya ada 1 jam lagi. Sesebuah penceritaan selalunya ada pengenalan, permasalahan, klimaks dan penutup. Tapi kadangkala ada jugak yang ada 2 klimaks. Cerita2 melayu jarang ada 2 klimaks. Klimaks yang satu pun kadang2 tak menjadi. Bagi aku cerita yang ada 2 klimaks adalah fresh dan menarik. Aku jd lebih berminat utk follow cerita tu (tambahan pula N9 dah kalah 1 2, cheh).

Mak dia panggil imam dan org2 surau utk baca yassin, tp org2 surau tak sanggup tunggu lama dek bau yang busuk. Imam tu nasihatkn dia supaya bertaubat. Dipendekkan cerita, dia mengenang segala dosa2 dia terhadap mak dia, adik2 dia, termasuk lah org2 lain, dan bertaubat bersungguh hati. Akhirnya ajal dia tiba.

Masalah timbul masa nak mandikan. Hanya imam saja yang sanggup menahan bau. Tetiba adik2 dia dtg tolong uruskan jenazah. Masa mandikan dia, dengan kuasa Tuhan, segala kudis2 dia hilang. muka dia bersih. Segala urusan kebumi jenazah berjalan sangat lancar.

Aku suka cerita ini, ending dia lain. Mlm sebelum dia meninggal, mak dia ampun kan segala dosa dia. mak dia redha melahirkan dia ke dunia. kepulangan dan kesudian adik2 dia seperti mengampunkan dosa2 dia pada mereka. Mungkin itulah sebabnya `pemergian’ dia dipermudahkan. Betapa besar kesan kemaafan kepada seseorang itu. bila mak dia redha, Allah turut redha.

Aku amat bersetuju dengan naratif di akhir cerita. Jgn kita asyik menjaga dan bercerita tentang dosa orang lain sebab kita tak tahu, mungkin dosa2 dia telah diampunkan, sedangkan kita tidak tahu apakah dosa2 kita telah diampunkan atau tidak. Cerita ini menguatkan lagi pendapat aku, tak penting dari mana kita bermula, yang penting di mana pengakhiran kita… subhanallah.

aku dan lagu

hr ni aku blk awal skit, awal 10 minit he he. nak tgk opening ceremony world cup 2010. otw blk dgr cd erra fazira. aku bukan la kipas susah mati dier, saja je lyn blues. aku realize, 60% lagu erra dalam 2 cd tu adalah sad love song. especially lagu kerana dan ingin tahu. actually dua2 lagu tu favourite aku. lain2 lagu dier mcm pasrah, yg terindah hanya sementara, etc. ada gak la lagu rancak tp tak sehebat dan sepopular lagu sedih dier.

aku heran, kenapa di malaysia, mesti lagu2 yg melankolik yg akan meletop?

org ckp, kalau kita nyebut sesuatu tu berulang kali, akan jd kenyataan. mcm erra, dia asyik nyanyi lagu sedih, pasal tu dia tak berapa bahagia dulu (he he jahatnye aku. kebahagiaan, kekayaan di tangan Tuhan, bukannye bapak). lepas erra kawin ngan emran, mana ada dia nyanyi sgt, sbb dia tau komposer msia mesti buat lagu sedih2 je. dan skrg, alhamdulillah, bahagia nmpknye dier.

pasal tu la jugak aku susah nak bahagia kot. aku asyik nyanyi lagu sedih. lagu janji tinggal janji la, balada hati la, mcm2 la. from now on i should sing a happy song. mcm lagu adam – stacy he he.

maybe la kan….

td aku tgk opening game, mexico lwn afrika selatan. pari2 berdebu emas aku ckp mexican player hensem nak mati. ohh dia blum berkenalan dgn torres, fabregas dan gerard lg. tp bukan itu yg aku nak ckp. masa diorg announce pengadil, aku nmpk nama mohd subkhiddin from malaysia. our one and only pengadil yg dapat ke sana. first match lak tu. he he bangganye aku..

sebuah lagu istimewa buat pari2 berdebu emasku, “pukul la tabuh, pukul la tabuh, pukul rebana….”

he he, jgn marah..

broadband

td aku pegi maxis. sj tgk bband. my best friend ckp, ada laptop tanpa bband tak lengkap, ibarat makan nasi putih tak berlauk. dgn penuh tak sedar dirinya (tanpa membelek purse) aku register. sbb diri ini sudah tidak mampu utk menahan “hinaan” dari my best friend itu. huh, aku dah ada bband tau!!!! lihat la dunia. tapi…, aku masih dihina, sbbnye modem itu out of stock, mayb next week baru ada. sungguh kejam maxis, membiarkan aku utk terus dikutuk lagi.  isk, isk, isk…